| Please add updates@feedmyinbox.com to your address book to make sure you receive these messages in the future. | |
| 15 terbunuh ditembak ketika solat Jumaat October 16, 2009 at 6:47 pm |
| | BAGHDAD 17 Okt. – Seorang pengebom berani mati bertindak melepaskan tembakan ke arah para jemaah yang sedang mengerjakan solat Jumaat di sebuah masjid di utara Iraq semalam sebelum meletupkan dirinya dan menyebabkan 15 orang terbunuh. |
| Bunuh penduduk Islam Bosnia, pegawai Serbia dipenjara 30 tahun October 16, 2009 at 6:47 pm |
| | SARAJEVO 17 Okt. – Mahkamah Jenayah Perang Bosnia menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang pegawai Serbia kerana membunuh berpuluh-puluh orang dan terlibat dalam penindasan serta penahanan beribu-ribu penduduk Islam ketika pembunuhan beramai-ramai Srebrenica 1995. |
| Lukisan pelukis Jepun bernilai RM2 juta October 16, 2009 at 6:47 pm |
| |
| Piala Dunia U20: Hungary tempat ketiga October 16, 2009 at 6:47 pm |
| | KAHERAH 17 Okt. - Penjaga gol Peter Gulacsi menyelamatkan tiga sepakan penalti sekaligus membantu Hungary menewaskan Costa Rica pada perlawanan tempat ketiga Piala Dunia bawah 20 tahun yang berakhir sehingga sepakan penalti. |
| Jangan eksploitasi pindaan - Najib October 16, 2009 at 6:47 pm |
| KUALA LUMPUR 16 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada semua ahli UMNO supaya tidak merosakkan dan mengeksploitasi sebarang sistem yang terkandung dalam pindaan perlembagaan parti itu demi kepentingan diri. |
| Pendidikan Islam dimantapkan October 16, 2009 at 6:47 pm |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat. |
| Perkemas keahlian setiap tahun October 16, 2009 at 6:47 pm |
| KUALA LUMPUR 16 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya senarai keahlian UMNO diperkemas dan disahkan setiap tahun di peringkat cawangan agar tiada nama ahli yang tercicir. |
| Bangkit jadi parti berkhidmat, dekati rakyat October 16, 2009 at 6:47 pm |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt. - Perhimpunan Agung UMNO 2009 berakhir hari ini dengan 2,541 perwakilan dari seluruh negara menyahut seruan Presiden UMNO untuk bangkit menjadi parti yang mendekati rakyat dan berkhidmat kepada rakyat. |
| Jangan eksploitasi kaedah pemilihan baru - Najib October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada anggota Umno supaya tidak mengeksploitasi kaedah baru pemilihan jawatan dalam parti itu. |
| EGM MCA baru tetapkan sama ada sokong presiden atau bubar CC October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA akan datang bakal menentukan sama ada sokongan akan terus diberikan kepada presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat, atau untuk membubarkan jawatankuasa pusat parti (CC), kata setiausaha agung MCA Datuk Wong Foon Meng. |
| Najib berjaya yakinkan perwakilan - Pak Lah October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Mantan Presiden Umno Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan ucapan penggulungan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2009 di sini hari ini sebagai amat meyakinkan dan menaikkan semangat perwakilan. |
| Cuepacs tuntut 2 bulan bonus October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam. |
| Muhyiddin gesa UMNO bawa perubahan secepat mungkin October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa parti itu melakukan proses perubahannya secepat mungkin, agar kesediaannya untuk berubah dapat dilihat oleh orang Melayu dan masyarakat Malaysia amnya. |
| Gempa di Jakarta: semua 650 pelajar selamat October 16, 2009 at 10:25 am |
| | JAKARTA 16 Okt — Semua 650 penuntut Malaysia di beberapa buah universiti di Jakarta disahkan selamat dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda ibu negara Indonesia ini pada pukul 4.52 petang Jumaat waktu tempatan. |
| Ibrahim Ali timbang sertai semula UMNO October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Paduka Ibrahim Ali tidak menolak kemungkinan menyertai semula Umno jika perubahan yang dituntut oleh pucuk pimpinan parti itu berjaya diterjemahkan untuk membela serta melindungi nasib kaum Melayu dan Peribumi. |
| Mohd Azlan tersingkir, Nicol ke separuh akhir Terbuka Hong Kong October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Pemain wanita nombor satu dunia dan juara bertahan Datuk Nicol David layak ke separuh akhir kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong selepas mencatatkan kemenangan mudah pada saingan suku akhir hari ini. |
| MCA perlu selesaikan krisis ikut cara yang betul October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MCA menyelesaikan krisis parti itu mengikut cara yang bukan sahaja betul daripada segi undang-undang tetapi juga yang diterima daripada segi moral dan politik. |
| Gabungan Media Prima & NSTP jana pendapatan RM1b October 16, 2009 at 10:25 am |
| | Penggabungan Media Prima Bhd (MPB) dan New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) diunjurkan menjana hasil tahunan lebih RM1 bilion dengan keuntungan bersih melebihi RM140 juta dalam satu langkah yang akan menyaksikan NSTP dijadikan syarikat persendirian. |
| Najib tidak gentar pemansuhan kuota gugat kedudukannya October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak gentar kedudukannya sebagai Presiden Umno akan tergugat berikutan pemansuhan sistem kuota pencalonan pada pemilihan parti. |
| Imigresen sahkan penahanan bekas ahli Parlimen Iraq October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt. — Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengesahkan bekas ahli Parlimen Iraq, Mohammed al-Daini ditahan pada 10 Oktober lepas kerana didapati menggunakan dokumen perjalanan palsu. |
| Gangguan elektrik di Cheras 22 Oktober ini October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt. - Sebanyak 35 kawasan di sekitar Cheras akan mengalami gangguan elektrik selama 12 jam mulai pukul 8 pagi pada 22 Oktober ini. |
| Gempa bumi berlaku di Selat Sunda October 16, 2009 at 10:25 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt. - Jabatan Perkhidmatan Meteorologi menyatakan satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Selat Sunda pada pukul 5.52 petang hari ini. |
| Dua sepupu lemas terjatuh dalam perigi buruk October 16, 2009 at 10:25 am |
| | TANAH MERAH 16 Okt. - Dua saudara sepupu mati lemas setelah terjatuh dalam sebuah telaga buruk yang ditakungi air hujan di kebun getah Kampung Kuang, Bukit Panau, di sini, petang semalam. |
| Media Prima umum ambil alih NSTP October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt. - Media Prima Bhd. umum cadangan pengambilan alih NSTP Bhd. tanpa menjadikan anak syarikat. |
| Penggubal dasar Eropah, Asia bincang strategi serantau October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Penggubal-penggubal dasar utama dari Eropah dan Asia akan berkumpul di sini bermula Ahad ini untuk membincangkan strategi Asia dan potensi rantau ini untuk pertumbuhan dalam suasana ekonomi yang mencabar kini. |
| 10 peratus pasukan sokongan teknikal F1 warga Malaysia October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Kira-kira 15 hingga 20 warga Malaysia akan menyertai pasukan teknikal perintis Tim 1Malaysia-Lotus F1 yang akan melakukan kemunculan sulung tahun depan. |
| Gerakan juga lakukan perubahan October 16, 2009 at 6:17 am |
| | ALOR SETAR 16 Okt. - Selaras dengan perubahan yang dilakukan UMNO, parti Gerakan juga akan melakukan pembaharuan bagi memantapkan jentera parti itu dalam memperoleh semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN). |
| Keikhlasan, keyakinan faktor utama perjuangan - Shafie October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu anggota Umno menerapkan nilai keyakinan dan keikhlasan dalam diri dan menjadikannya sebagai antara faktor utama dalam meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara. |
| Untung bersih suku ke-3 Bursa Malaysia naik 52 peratus October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Bursa Malaysia Bhd hari ini melaporkan kenaikan 52 peratus keuntungan bersih suku ketiganya kepada RM30.8 juta daripada RM20.2 juta yang dicatatkan di dalam suku yang sama 2008. |
| Buku himpunan ucapan Najib dapat sambutan October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Buku dwibahasa "Menakhoda Zaman", himpunan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat sambutan memberangsangkan di gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. |
| Pemilihan Tiong Lai tidak akan selesai kemelut MCA October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt. - Pemilihan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Timbalan Presiden MCA tidak akan menyelesaikan kemelut yang melanda MCA ketika ini kerana tidak mendapat mandat daripada para perwakilan Pusat parti. |
| MCA digesa guna kebijaksanaan tangani masalah dalaman October 16, 2009 at 6:17 am |
| | ALOR SETAR 16 Okt. - MCA perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti supaya masalah itu tidak menjadi bertambah serius, kata Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. |
| PM akan lancar 1Malaysia bersama 50,000 rakyat Perak October 16, 2009 at 6:17 am |
| | IPOH 16 Okt — Lebih 50,000 rakyat berbilang kaum dan agama dijangka memenuhi Stadium Perak di sini Ahad ini bagi pelancaran program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. |
| Mesyuarat menteri ACD sahkan komitmen kerjasama October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Mesyuarat Menteri-Menteri Dialog Kerjasama Asia (ACD) ke-lapan di Colombo baru-baru ini mengesahkan semula komitmennya untuk meningkatkan kerjasama serantau dan subserantau, yang termasuk peraturan perdagangan di Asia. |
| UMNO Johor cadang guna semula indeks kualiti hidup October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Umno Johor hari ini menyarankan agar indeks kualiti hidup digunapakai semula bagi mengukur tahap kualiti hidup masyarakat di negara ini. |
| Anggota geng samun kereta mewah mati ditembak October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Seorang anggota geng curi kereta mewah, yang cuba melarikan diri daripada kepungan polis, ditembak mati setelah berbalas tembakan di Jalan Persiaran Barat, di belakang hotel Hilton PJ dekat sini tengah malam tadi. |
| Peguam persoal teman serumah Teoh Beng Hock tidak beri keterangan October 16, 2009 at 6:17 am |
| | SHAH ALAM 16 Okt — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mempersoalkan mengapa wanita yang tinggal serumah dan berkemungkinan menjalin hubungan istimewa dengan Teoh Beng Hock, tidak dipanggil memberi keterangan dalam prosiding inkues bagi menyiasat kematian setiausaha politik itu. |
| UMNO Kedah ikrar tawan semula negeri October 16, 2009 at 6:17 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Umno Kedah berikrar dan berjanji untuk menawan semula negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, Perhimpunan Agung Umno 2009 diberitahu di sini hari ini. |
| 7 rumah musnah dalam kebakaran awal pagi October 16, 2009 at 2:05 am |
| | IPOH 16 Okt — Lima sekeluarga daripada tujuh buah rumah tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Pasar Lama, Bagan Serai, 120 km dari sini awal hari ini. |
| JLKN panggil 20,000 peserta tamat tempoh penangguhan October 16, 2009 at 2:05 am |
| | BALIK PULAU 16 Okt — Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memanggil 20,000 pelatih yang telah tamat tempoh penangguhan mereka tahun ini bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri tujuh tahun 2010. |
| Pejabat Pilihan Raya Perak pamer nama pendaftar October 16, 2009 at 2:05 am |
| | IPOH 16 Okt — Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009. |
| UMNO Selangor bawa rintihan pekerja kilang October 16, 2009 at 2:05 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt. - Rintihan puluhan ribu pekerja kilang di Selangor yang memohon kerajaan mempertimbangkan pengagihan unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi membantu mereka menghadapi hari tua dibawakan ke pentas Perhimpunan Agung UMNO oleh wakil badan perhubungan UMNO negeri tersebut. |
| Wakil Pulau Pinang cadang penubuhan Yayasan UMNO October 16, 2009 at 2:05 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt — Umno diminta menubuhkan sebuah yayasan dikenali Yayasan Umno bagi memberi bantuan kewangan kepada anggotanya untuk tujuan pendidikan dan kesihatan. |
| Perhimpunan Agung Umno bersambung October 16, 2009 at 2:05 am |
| | KUALA LUMPUR 16 Okt -- Perhimpunan Agung Umno pada Jumaat menyambung semula perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden dengan menampilkan beberapa lagi wakil negeri sebagai pembahas sebelum barisan pucuk pimpinan parti menjawab hujah-hujah dibangkitkan, pada sesi penggulungan sebelah petang. | | |
| |