10/16 Utusan Online

Please add updates@feedmyinbox.com to your address book to make sure you receive these messages in the future.
Utusan Online Feed My Inbox

Bangkit untuk berubah
October 15, 2009 at 5:07 pm

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Setiap pemimpin dan ahli UMNO diminta bangkit menyalakan obor perubahan bagi memartabatkan perjuangan parti dengan keutamaan kepada kebajikan dan keperluan rakyat untuk membentuk kerajaan yang kuat serta stabil.

UMNO bukan rasis – PM
October 15, 2009 at 5:07 pm

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada pihak yang semberono menuduh UMNO sebagai parti perkauman supaya terlebih dulu mencermin diri secara ikhlas.

Juarai kebajikan rakyat - Najib
October 15, 2009 at 5:07 pm

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunaikan janjinya sebaik mengambil alih tampuk kepimpinan UMNO Mac lalu untuk melakukan perubahan dalam parti dengan komitmen menjuarai kebajikan rakyat.

Transformasi bermula
October 15, 2009 at 5:07 pm

Lebih 2,500 perwakilan yang mewakili suara akar umbi di Perhimpunan Agung Khas UMNO semalam sebulat suara menerima pindaan perlembagaan parti.

Lahir pemimpin berwibawa
October 15, 2009 at 5:07 pm

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pindaan yang dilakukan terhadap Perlembagaan UMNO akan membantu dalam melahirkan pemimpin yang lebih berwibawa dan mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

"Datuk" ditahan polis Thailand kerana kes pecah amanah
October 15, 2009 at 12:54 pm

BANGKOK 15 Okt. — Seorang lelaki warga Malaysia, yang mendakwa dirinya bergelar "Datuk" dan bekerja dengan sebuah bank Cyprus, hari ini ditahan oleh polis Thai kerana menipu seorang ahli perniagaan terkemuka Thai membabitkan berjuta-juta baht.

Kedutaan Malaysia di Perancis sambut hari kebangsaan di Lyon
October 15, 2009 at 12:54 pm

KUALA LUMPUR 15 Okt. — Kedutaan Malaysia di Perancis pada Rabu mengadakan majlis sambutan hari kebangsaan di Lyon, tempat konsulat kehormat ditubuhkan tahun lepas.

Gempa bumi kuat landa Irian Barat
October 15, 2009 at 12:54 pm

KUALA LUMPUR 15 Okt. — Sebuah gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan wilayah Irian Barat pada pukul 8.11 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Hampir seluruh Kuantan akan alami gangguan bekalan air Selasa depan
October 15, 2009 at 12:54 pm

KUANTAN 15 Okt. — Hampir seluruh kawasan di daerah Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air mulai 7.30 pagi hingga 11.30 malam pada Selasa depan berikutan kerja-kerja pengalihan dan pengubahsuaian paip 1,600 milimeter (mm) untuk pembinaan jalan masuk ke Kota Sri Ahmad Shah dekat sini.

Keputusan permohonan pendakwa pada 26 Okt. ini
October 15, 2009 at 12:54 pm

KUALA LUMPUR 15 Okt. — Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini menetapkan 26 Okt. ini bagi memutuskan sama ada membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan artikel yang dimuat turun melalui internet sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes hasutan peguam P. Uthayakumar.

Polis tahan tiga lelaki, seorang wanita disyaki pengedar dadah
October 15, 2009 at 8:44 am

KUALA LUMPUR 15 Okt. — Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai pengedar dadah di sebuah rumah yang dijadikan markas operasi mereka di Jalan Kuchai Lama di sini petang semalam.

Bayi antara yang maut dalam kemalangan di LPT
October 15, 2009 at 8:44 am

KUANTAN 15 Okt. — Dua termasuk seorang bayi lelaki berusia 29 hari maut sementara dua lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar kepala jambatan di KM237.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini, hari ini.

Interpol gesa penyiasatan polis nasional diintegrasikan
October 15, 2009 at 8:44 am

SINGAPURA 15 Okt. — Polis dari seluruh dunia yang bermesyuarat pada Perhimpunan Agung Interpol di sini bersetuju menerima pakai beberapa langkah bagi mengalakkan integrasi dalam penyiasatan nasional dengan menggunakan peralatan dan pangkalan data kepolisan global Interpol.

K"jaan Perak beri 800 hektar tanah, bantu pelajar miskin India
October 15, 2009 at 8:44 am

KUALA LUMPUR 15 Okt. — Kerajaan negeri Perak mengumumkan peruntukan tanah seluas 800 hektar untuk manfaat Tabung Pendidikan dan Pengupayaan Pendidikan Kaum India di negeri itu.

10 tahun penjara bagi 7 penghuni pusat serenti
October 15, 2009 at 8:44 am

ALOR SETAR 15 Okt. — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas tujuh penghuni Pusat Serenti kerana menyebabkan kematian seorang penghuni ketika rusuhan di Pusat Serenti Karangan, Kulim, Kedah, enam tahun lalu.

Isteri pemimpin perlu pupuk imej mudah didekati rakyat
October 15, 2009 at 8:44 am

KUALA LUMPUR 15 Okt. — Isteri pemimpin masyarakat perlu menghayati dan memupuk satu imej yang mudah didekati oleh masyarakat sama ada di dalam atau luar negara, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Melayu masih kurang keyakinan diri - Musa Hitam
October 15, 2009 at 8:44 am

SHAH ALAM 15 Okt. — Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata biarpun orang Melayu sudah boleh diterima sebagai masyarakat terpelajar, matang dan berkebolehan dalam pelbagai profesion tetapi mereka masih lagi kekurangan daripada segi keyakinan terhadap kebolehan sendiri.

Perak beri 800 hektar tanah bantu pelajar miskin India
October 15, 2009 at 8:44 am

KUALA LUMPUR 15 Okt — Kerajaan negeri Perak mengumumkan peruntukan tanah seluas 800 hektar untuk manfaat Tabung Pendidikan dan Pengupayaan Pendidikan Kaum India di negeri itu.

UMNO perlu segera lakukan perubahan - Muhyiddin
October 15, 2009 at 8:44 am

KUALA LUMPUR 15 Okt — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan anggota parti itu supaya segera melakukan perubahan demi kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Muhyiddin gesa parti komponen BN turut sama berubah
October 15, 2009 at 8:44 am

KUALA LUMPUR 15 Okt — Langkah pembaharuan yang diambil Umno menerusi pindaan perlembagaan parti hari ini harus diikuti oleh parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu kembali diterima rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Karnival Kesihatan tarik 2,500 pengunjung
October 15, 2009 at 8:44 am

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Karnival Kesihatan yang dianjurkan Pergerakan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO berjaya menarik lebih 2,500 pengunjung.

Lembaga Disiplin UMNO akan diperkemaskan
October 15, 2009 at 8:44 am

KUALA LUMPUR 15 Okt. - UMNO akan memperkemaskan lagi Lembaga Disiplin parti bagi memastikan peranannya lebih berkesan pada masa akan datang.

AADK Negeri Sembilan tahan 18 penagih dalam Ops Pasoh
October 15, 2009 at 8:44 am

BAHAU, 15 Okt — Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan menahan 18 lelaki berumur antara 17 dan 42 tahun yang didapati positif dadah dalam Ops Pasoh di kawasan Felda Pasoh 2 dan 3 dekat sini, hari ini.

Bekas ADUN Kuala Pahang meninggal dunia
October 15, 2009 at 8:44 am

KUANTAN, 15 Okt (Bernama) — Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Pahang, Datuk Abdullah Derus meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur awal hari ini akibat sakit jantung.

Blog pertikai polis gagal kesan Raja Petra dibidas
October 15, 2009 at 8:44 am

SHAH ALAM 15 Okt. - Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini membidas beberapa penulis blog yang mempertikai kredibiliti polis yang masih gagal mengesan pengendali laman web "Malaysia Today", Raja Petra Raja Kamarudin, untuk hadir ke mahkamah.

Rangkaian rel di Lembah Klang akan diperluas
October 15, 2009 at 8:44 am

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Jumlah kereta api akan ditambah di Lembah Klang untuk memenuhi hasrat kerajaan bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam itu di kawasan ini daripada 16 peratus kepada 25 peratus pada tahun 2012, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Empat suspek ahli "Geng Camry Moo" ditahan
October 15, 2009 at 4:34 am

PETALING JAYA, 15 Okt — Empat lelaki dipercayai ahli "Geng Camry Moo" yang terlibat dalam 30 kes curi kereta jenis Toyota ditahan di dua lokasi di sini pada Isnin dan Selasa lepas.

Najib benar-benar mahukan perubahan dalam parti - Dr. Mahathir
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar menyedari betapa parti itu memerlukan perubahan bagi mengembalikan sokongan rakyat.

Syabas jalankan operasi pemotongan bekalan air di Gombak
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang menjalankan operasi pemotongan bekalan air bagi akaun bil tertunggak pengguna di Gombak bulan ini.

Pentingkan rakyat dalam memberi khidmat - Subramaniam
October 15, 2009 at 4:34 am

PUTRAJAYA, 15 Okt — Penjawat awam perlu mengamalkan sikap mendahulukan kepentingan awam dan melaksanakan tugas dengan jujur, adil, bertanggungjawab, cekap dan berhemah, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Perhimpunan Khas Lulus Pindaan Perlembagaan Umno
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR 15 Okt -- Perhimpunan Agung Khas Umno hari ini mengubah kaedah pemilihan bagi jawatan parti supaya terbuka dan tanpa kuota dalam usaha membanteras politik wang dan menjadikan Umno parti Melayu yang mampu menjuarai nasib seluruh rakyat.

RM4 juta untuk baikpulih Menara Alor Setar
October 15, 2009 at 4:34 am

ALOR SETAR, 15 Okt (Bernama) — Sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membaikpulih Menara Alor Setar di sini tidak lama lagi supaya mercu tanda Kedah itu terus menjadi daya tarikan pelancong.

17 Dis ditetapkan bagi pengurusan kes saman bapa Nurin Jazlin
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 17 Dis bagi pengurusan kes saman Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin Jazlin, kanak-kanak yang diculik dan dibunuh dengan kejam dua tahun lalu, terhadap polis dan kerajaan berhubung penyebaran gambar bedah siasat anaknya melalui internet.

Penganggur didakwa bunuh dua beranak
October 15, 2009 at 4:34 am

KOTA BAHARU, 15 Okt — Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh dua beranak dalam satu kejadian di Kampung Sireh di sini pada 30 Sept lalu.

SPRM tutup kes ADUN Lunas
October 15, 2009 at 4:34 am

ALOR SETAR 15 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri telah menutup siasatan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas (ADUN), Mohammad Radzhi Salleh berhubung dakwaan beliau membuat tuntutan tidak munasabah ketika memegang jawatan Exco kerajaan negeri. - Utusan

3,383 kes tatatertib penjawat awam tahun lepas
October 15, 2009 at 4:34 am

SEREMBAN, 15 Okt — Sejumlah 3,383 kes tatatertib melibatkan penjawat awam direkodkan pada tahun lepas berbanding 2,159 kes pada tahun sebelumnya, meningkat 36.2 peratus, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Polis tahan tiga lelaki, bongkar makmal proses dadah
October 15, 2009 at 4:34 am

JOHOR BAHARU, 15 Okt — Polis percaya berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar pil ecstasy di sekitar bandaraya selepas menahan tiga lelaki di sebuah rumah teres yang dijadikan makmal memproses dadah, di Jalan Danau 5, Taman Desa Jaya, di sini, Selasa lepas.

Ramai wanita mahu bekerja di Malaysia kerana banyak sebab
October 15, 2009 at 4:34 am

PETALING JAYA, 15 Okt — Ratusan wanita Indonesia sanggup bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah kerana mereka mendengar banyak perkara baik mengenainya daripada rakan dan saudara yang bekerja di sini, kata anggota kanan sebuah kesatuan sekerja Indonesia.

Kadar jenayah melibatkan murid sekolah masih kecil
October 15, 2009 at 4:34 am

KUANTAN, 15 Okt — Kadar jenayah yang melibatkan murid sekolah di negara ini adalah kecil iaitu hanya 0.03 peratus dari tahun 2004 sehingga 2008, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Tee Keat tiba hadiri mesyuarat CC
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di Wisma MCA di sini pada pukul 12.40 tengah hari bagi menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti untuk membincangkan keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA Sabtu lalu.

Penjara lapan tahun sebabkan kematian teman lelaki isteri
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Seorang pekerja kontrak yang menyebabkan kematian teman lelaki isterinya setelah melihat kedua-duanya berlaku sumbang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Tiong Lai hadiri CC MCA
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tiba di Wisma MCA di sini pada pukul 12.25 tengah hari bagi menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) untuk membincangkan keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA Sabtu lalu.

Lebih 500 ahli MCA mahu Tee Keat tidak letak jawatan
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Lebih 500 ahli MCA dari Johor, Pulau Pinang, Melaka, Selangor dan Kedah berhimpun bermula pukul 10 pagi di Wisma MCA di sini sempena mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) yang diadakan petang ini.

Najib suntik keyakinan dan semangat baru anggota UMNO
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR 15 Okt — Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mahu Umno dilihat sebagai parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit dan sebagai "parti cari makan" oleh mana-mana anggotanya.

Rakyat jangan terpukau dengan pemberian kecil pembangkang
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR 15 Okt — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat agar tidak terpesona dengan pemberian tidak seberapa pembangkang sehingga lupa jumlah RM22 bilion yang diperuntuk kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membiayai pelbagai subsidi dan insentif tahun ini.

Jangan menaruh syak terhadap 1Malaysia
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR 15 Okt — Datuk Seri Najib Tun Razak meminta mana-mana pihak jangan berasa gundah gulana atau menaruh syak serta bimbang mengenai gagasan 1Malaysia, kerana ia tidak terpesong daripada apa yang dipersetujui dan dimuafakatkan oleh generasi terdahulu.

UMNO juarai semua rakyat - Najib
October 15, 2009 at 4:34 am

KUALA LUMPUR 15 Okt — Umno akan menjadi parti menjuarai rakyat dengan mendahulukan rakyat semua kaum daripada diri sendiri melalui perubahan yang sedang dizahirkan oleh parti itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Raja Muda Perlis gesa rakyat Malaysia di Arab Saudi pikat pelabur
October 15, 2009 at 4:34 am

KANGAR, 15 Okt — Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa rakyat Malaysia di Arab Saudi supaya membantu negara memikat para pelabur selain mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang istimewa.
 

This email was sent to mechanicaljob@gmail.comCreate Your Account
Don't want to receive this feed any longer? Unsubscribe here.