10/17 Malaysiakini

Please add updates@feedmyinbox.com to your address book to make sure you receive these messages in the future.
Malaysiakini - news and views that matter Feed My Inbox

MCA, lihat Umno selesai masalah: PM
October 16, 2009 at 7:57 am

Datuk Seri Najib Razak mahu MCA menyelesaikan krisis parti itu mengikut cara yang bukan sahaja betul daripada segi undang-undang tetapi juga yang diterima daripada segi moral dan politik.

2 remaja dituduh belasah pelajar hingga koma
October 16, 2009 at 7:34 am

Seorang pelajar dan seorang remaja dihadapkan ke mahkamah  atas tuduhan memukul dua pelajar menyebabkan seorang daripada mereka koma di hadapan sebuah kafe siber di Rawang awal bulan ini.

Najib: Nasib saya kini di tangan ahli
October 16, 2009 at 7:30 am

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata nasibnya kini berada di tangan ahli-ahli parti ekoran pemansuhan kuota pencalonan untuk jawatan parti, termasuk jawatan presiden.

Umno anjur kursus merakyatkan Umno
October 16, 2009 at 7:12 am

Ahmad Zahid yang juga pengerusi biro latihan Umno berkata Umno akan menyediakan tiga kursus di peringkat nasional, 13 kursus di peringkat bahagian dan 13 kursus lanjutan dan motivasi untuk memperkuatkan parti.

Kenapa teman serumah Teoh tidak hadir?
October 16, 2009 at 7:09 am

Peguam SPRM hari ini mempersoalkan mengapa wanita yang tinggal serumah dan berkemungkinan menjalin hubungan istimewa dengan Teoh Beng Hock, tidak dipanggil memberi keterangan.

Perubahan perlu lalui 'tempoh sakit'
October 16, 2009 at 7:03 am

Timbalan presiden Umno menggesa anggota parti itu supaya menghadapi tempoh 'sakit' yang perlu ditahan sebelum perubahan dapat dirasai.

Amaran Najib kepada ahli Umno
October 16, 2009 at 6:42 am

Datuk Seri Najib Razak memberi amaran supaya jangan ada mana-mana pihak dalam parti itu yang cuba merosakkan sistem baru yang akan dilaksanakan untuk memulihkan sokongan rakyat.

VCD ucapan Ishak usik Najib laris
October 16, 2009 at 5:06 am

VCD ucapan wakil Negeri Sembilan Datuk Ishak Ismail pada perhimpunan agung Umno 2009 begitu laris dijual seperti pisang goreng panas pada perhimpunan hari ini.

Pemuda Umno tubuh 'bilik perang' pilihan raya
October 16, 2009 at 4:10 am

Di samping itu, pergerakan tersebut juga akan menukar strateginya dalam menghadapi pembangkang dalam pilihan raya akan datang, dengan mengambil pendekatan 'menyerang'.

1Malaysia tidak bermakna Melayu terus bertolak ansur
October 16, 2009 at 3:42 am

Perwakilan Johor hari ini menggesa Umno supaya tidak terjebak dengan andaian bahawa gagasan 1Malaysia akan menjadikan orang Melayu bertolak ansur dengan tuntutan kesamarataan oleh bukan Melayu.

Zaid bercuti, krisis terbaru PKR?
October 16, 2009 at 3:40 am

Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk bercuti daripada PKR di tengah-tengah ura-ura menghadapi masalah dengan pemimpin kanan parti.

Guna semula indeks kualiti hidup
October 16, 2009 at 2:57 am

Indeks kualiti hidup itu telah diiktiraf oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 1999 dan digunapakai lebih 43 negara termasuk Eropah.

PM, jengok-jengoklah Petronas...
October 16, 2009 at 2:25 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya ‘jengok-jengok' syarikat minyak negara - Petronas - yang sering mendapat perhatian pembangkang.

Petanda kejatuhan Umno Kedah
October 16, 2009 at 2:07 am

Seorang pemimpin kanan Umno Kedah berkata dua kejadian - tsunami yang melanda Kuala Kedah dan banjir besar di Jitra - menjadi petanda awal sebelum kejatuhan Umno Kedah dalam pilihanraya umum 2008.

Ku Li dilarang masuk restoran di NY
October 16, 2009 at 1:02 am

Impian untuk mengubah sesuatu realiti politik yang buruk dalam masyarakat, misalnya diskriminasi kaum, tidak ada berlaku tanpa perjuangan, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Singkir anasir pembangkang di GLC
October 16, 2009 at 12:58 am

Wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani mendakwa terdapat di kalangan ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan kakitangan GLC yang menyokong pembangkang.

SPR Perak pamer daftar pemilih baru
October 16, 2009 at 12:21 am

Pejabat SPR Perak akan mempamerkan nama-nama yang mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

'Hati-hati dengan kaki bodek PM'
October 16, 2009 at 12:15 am

Wakil Kelantan hari ini memberi pesanan kepada 'kaki bodek PM' dan juga kepada wakil Terengganu semalam yang merendah-rendahkan keupayaan Umno Kelantan untuk merampas semula negeri tersebut yang kini dikuasai PAS.

Bajet: Bantu miskin luar bandar
October 15, 2009 at 11:20 pm

Wakil Perlis, Ahmad Bakri Ali juga menyarankan agar agensi-agensi kerajaan seperti Felda dan Felcra diberi kelonggaran untuk salur bantuan kepada orang Melayu miskin di luar bandar.

Umno diminta ikut resmi arnab
October 15, 2009 at 11:01 pm

Wakil Pulau Pinang menggunakan analogi kisah serigala dan arnab untuk diteladani oleh ahli dan pemimpin Umno dalam usaha untuk mengukuhkan semula parti itu.
 

This email was sent to mechanicaljob@gmail.comCreate Your Account
Don't want to receive this feed any longer? Unsubscribe here.